Riot Games umum perancangan e-sukan tahun 2021, termasuk kampus

Baru-baru ini, Riot Games Asia Tenggara mengumumkan pelan bagi e-sukan VALORANT pada 2021 berserta kejohanan peringkat kampus yang akan diadakan untuk pemain di serata Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Bagi kejohanan terbuka dan di peringkat universiti di Malaysia, The Gaming Company bertanggungjawab untuk menjalankan pertandingan tersebut.

“Di Asia Tenggara, e-sukan VALORANT menerima sambutan hangat dari komuniti dan kami teruja untuk berkolaborasi bersama organisasi terkemuka e-sukan bagi memperkenalkan pertandingan kompetitif di tahap lebih tinggi di rantau ini,” kata Chris Tran, Ketua E-Sukan di Riot Games Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Pastinya kita akan menyaksikan kelayakan untuk pertandingan ini pada masa akan datang. Buat masa ini belum ada nama rasmi untuk kejohanan VALORANT ini.

Satu berita yang baik apabila Riot Games memandang serius bakat yang ada di peringkat akar umbi dan semoga kejohanan ini dapat memupuk lebih banyak penyertaan dari mahasiswa dan mahasiswi kelak.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+