Rindukan orang tersayang semasa PKP? Boleh cuba Degrees of Separation

Gaming bersama-sama orang tersayang sudah semestinya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama.

Baru-baru ini, satu post viral tiktok menunjukkan satu game co-op untuk bermain dengan orang tersayang.

Anda boleh saksikan trailer permainan ini di bawah:

Degrees of Separation merupakan permainan video 2D platformer yang memerlukan seorang atau dua orang pemain. Anda perlu menyelesaikan kesemua teka-teki yang ada untuk meneruskan perjalanan. Permainan hasil dari studio indie Moondrop dan Modus Games ini pasti lebih menarik untuk bermain bersama orang tersayang.

Degrees of Separation

Degrees of Separation menceritakan Ember dan Rime yang ditakdirkan berada di dalam dunia yang berbeza. Mereka berdua akan meneruskan perjalanan untuk bersama sambil mengetahui nasib dua dunia yang berbeza.

Dengan penceritaan yang menarik, lagu komposernya yang hebat akan membuatkan ada berasa dekat dengan orang. Tidak lupa juga artwork kontras dengan warna panas dan sejuk dari Ember dan Rime.

Jangan lupa cuba game ini dengan orang tersayang. Degrees of Separation boleh dimain konsol Sony Playstation, PC, dan juga Switch.

RELATED NEWS

+