Resident Evil Village bersaiz 50 GB di Xbox

Akan dilancarkan tak lama lagi, Resident Evil Village antara permainan video ditunggu-tunggu peminat Capcom.

Baru-baru ini menurut laporan Comicbook, Microsoft Store menyenaraikan permainan tersebut dengan saiz fail sebanyak 50.02GB. Bagaimanapun, ini termasuk mod multi-pemain Re:Verse yang akan hadir bersama Village.

Re:Verse ini akan hadir dengan launcher sendiri dan versi muat turunnya akan dipisahkan bersama Village. Ini bermaksud, saiz asal bagi RE 7 adalah sebanyak 35GB yang mana ia bukanlah begitu besar.

Di platform seperti PlayStation 4 dan PC misalnya, saiz fail permainan dari Capcom adalah sekitar 35GB/50GB. Namun, di konsol generasi seterusnya, saiz fail ini mungkin berubah.

Resident Evil Village akan dilancarkan pada 7 Mei ini. Ia mengisahkan perjalanan seterusnya Ethan Winters untuk menyelamatkan anaknya yang hilang.

RELATED NEWS

+