Renbo jadi jungler, Rippo akhirnya ‘turun padang’

Situasi Bigetron Alpha seperti bertukar sekelip mata selepas membuat beberapa penukaran penting.

Akhirnya mereka membawa pemain kelahiran Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) bermain sebagai side manakala Renbo ditukarkan dengan Maxx sebagai jungler. Kyy pula bermain sebagai mage.

Matt dan Dreams tetap memainkan peranan masing-masing, side dan support.

Dengan kemenangan 2-0 ke atas RSG SG, Bigetron Alpha layak ke playoffs dalam pusingan lower bracket.

Penukaran Renbo menjadi jungler terbukti berkesan apabila beliau bermain dengan sangat agresif dan berjaya mendapatkan MVP pada game pertama. Kyy pula selesa memainkan mage walaupun sebelum ini hanya bermain sebagai offlane.

Renbo juga mengenakan damage tertinggi dalam perlawanan pertama ini.

Di perlawanan kedua, lihat bagaimana Lapu-Lapu dimainkan Rippo begitu kebal di barisan hadapan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+