Red Dead Redemption 2 Di PC Telah Dilancarkan Tapi Ramai Tak Boleh Main

Akhirnya Red Dead Redemption 2 hadir ke PC buat julung kali. Namun, penantian satu tahun ditimpa dengan pelbagai masalah ralat.

Rockstar Games baru sahaja melancarkan game bertemakan koboi ini pada 5 November melalui aplikasi pelancar Rockstar tersendiri. Red Dead Redemption 2 tampil dengan tetapan grafik lebih tinggi berbanding PS4 dan Xbox One bersama kandungan lain termasuk misi bounty hunting, gang hideouts, senjata dan banyak lagi.

Belum sempat merasa kandungan baru dan grafik berprestasi tinggi, rata-rata pemain tidak boleh buka Red Dead Redemption 2 langsung dan hanya termenung di aplikasi pelancar. Ada juga yang boleh masuk ke dalam game tetapi dapat paparan mesej menyatakan ‘activation required’. Kepada mereka yang bertuah dapat main, mereka mengalami isu lag pula.

Sesetengah pemain juga terbantut main Red Dead Redemption 2 kerana asyik terhenti (crash) semasa main. Oleh sebab-sebab di atas, komuniti pemain di Reddit menyediakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah-masalah ini seperti menutup perisian antivirus dan sebagainya.

Rockstar Games telah memberi respons rasmi atas ralat “Red Dead Redemption 2 Exited Unexpectedly” melalui laman rasmi khidmat pelanggan dan meminta pengguna untuk kemaskini pemacu grafik (graphics driver) terlebih dahulu.

Buat masa sekarang, versi Red Dead Redemption 2 di PC boleh dimainkan di Rockstar Games Launcher and Epic Games Store. Red Dead Redemption 2 juga bakal hadir di Google Stadia pada 19 November 2019 manakala di Steam pada Disember 2019. 

Adakah korang mengalami masalah yang sama? Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

Sumber gambar: Reddit

RELATED NEWS

+