Red Dead Redemption 2 Di PC? Saksikan Rakaman Tertiris Ini

Setakat ini, Red Dead Redemption 2 hanya dilancarkan di konsol dan mungkin akan hadir ke PC juga suatu hari nanti. Contoh macam Grand Theft Auto V yang menerima pelancaran di PC.

Rockstar dan Take-Two Interactive juga mengaut keuntungan yang banyak di GTA Online dan Red Dead mungkin akan mengikuti langkah sama.

Cuba korang tengok video di bawah ini. Ada yang mengtakan ia adalah rakaman RDR2 di PC. Tapi mestilah Rockstar menafikan perkara ini. Setakat ini ia masih khabar angin dan bukannya boleh dipercayai bulat-bulat.

Tapi kalau korang tengok komen di Youtube, ramai yang mengatakan pergerakan tetikus (mouse), dan tetapan yang  berlainan dari versi konsol.

Walaupun RDR tak pernah port ke PC, mungkin keluaran kedua ini akan merubah segalanya yang mana Rockstar melihat pasaran PC sebagai lubuk wang yang diabaikan selama ini. Buat masa ini, berharap lah!

Sumber: Destructoid

RELATED NEWS

+