Red Dead Redemption 2 Akan Didatangkan Dengan Aplikasi Sokongan Di iOS & Android

Rockstar hari ini mengumumkan aplikasi sokongan (companion app) yang korang boleh download di iOS dan Google Play Store bermula hari pelancarannya pada Jumaat, 26 Oktober.

Aplikasi ini digunakan untuk membantu korang dengan beberapa tugasan dalam permainan seperti — memburu musuh, mencari tempat menyorok dari dicekup officers of the law, mencari lokasi contohnya seperti General Store terdekat.

Rockstar Games memperincikan yang The Red Dead Redemption 2 Companion App akan disambung secara terus ke PlayStation 4 atau Xbox One apabila korang mula main, memberikan informasi real-time kepada peranti pintar. Korang juga boleh zoom dan navigate peta, letakkan waypoints ataupun mark kawasan yang ingin dituju hanya dengan menyentuh skrin, membantu penerokaan dan memudahkan perjalanan korang dalam dunia besar Red Dead Redemption 2.

Aplikasi itu juga akan menunjukkan maklumat dan stats untuk Arthur Morgan secara langsung di peranti korang, membolehkan korang membuang HUD dalam permainan. 

Korang juga diberi akses untuk Arthur’s Journal, menerima stat tracking menerusi Social Club dan macam-macam lagi. Red Dead Redemotion 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober di Xbox One dan PlayStation 4.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+