Red Dead Online kini telah dilancarkan secara berasingan daripada Red Dead Redemption 2

Versi Red Dead Online (RDO) yang hadir secara mandiri tanpa memerlukan Red Dead Redemption 2 kini telah dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Versi ini membenarkan anda untuk main bahagian multi-pemain sahaja tanpa perlu membeli bahagian single player.

Pemain PC boleh mendapatkan permainan ini di Steam pada harga RM20 dan pemain PS4 pula boleh membeli permainan ini melalui PlayStation Store pada harga RM79. Langganan PlayStation Plus diperlukan untuk permainan dalam talian di PS4.

Ini adalah permainan yang sempurna untuk anda yang hanya mahu bermain RDO dengan kawan-kawan atau jika anda sudah menjual cakera Red Dead Redemption 2 tapi masih mahu bermain RDO.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+