Razer Phone 2 Dilancarkan, Berharga RM3,449

Penantian mendebarkan untuk para gamers kini berakhir! Razer Phone 2 dah pun rasmi dilancarkan hari ini untuk pasaran Malaysia. Berapa harganya? Ia bermula dengan harga RM3,449.

Sama seperti gaming phone yang lain, Razer Phone edisi kedua ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini iaitu Qualcomm Snapdragon 845 dan Adreno 630 untuk grafik. Tertanya tanya kalau ia ada cooling system? Ya, peranti ini mempunyai Razer vapor chamber cooling system bermaksud korang boleh main game dalam frame rate yang tinggi tapi tidak merasa panas memegangnya.

Ia juga mempunyai Razer Chroma, sistem RGB Lighting untuk gamers. Di belakang peranti ini terletak logo Razer ular berkepala tiga yang mempunyai sebanyak 16.8 juta warna dan akan boleh diubah mengikut notifikasi dari Facebook atau Whatsapp contohnya. Korang juga boleh customize sendiri warna RGB di belakang peranti ini. Menariknya, ia juga mempunyai teknologi Quick Charge 4+ dengan kadar 1% hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Semestinya highlight Razer Phone 2 ialah paparan 120 HZ dengan prestasi dipertingkatkan bagi mereka yang menyukai pengalaman bermain game dengan lancar. Ia juga kalis air dan dikatakan 50% lebih cerah berbanding edisi pertama. Korang boleh enjoy dengar muzik dan soundtrack dengan front-facing speakeryang lebih kuat berbanding dulu.

Dengan kapasiti bateri 4,000 mAH, Razer Phone 2 dikatakan boleh bertahan sehingga 10 jam di paparan 120 HZ ini. Razer juga berkolaborasi bersama ramai pembangun permainan dan ini bermakna game seperti PUBG, Rival Crimson x Chaos, Marvel Fututre Fight, Guns of Boom dan RuneScape dioptimumkan untuk peranti ini. Akhir sekali Razer Phone 2 diiktiraf oleh Netflix bagi kandungan video HDR dan Dolby Digital 5.1.

Bagi gamers tegar di luar sana, korang boleh ubah wallpaper, themes dan sebagainya menerusi Theme Store. Razer Cortex pula ibarat Game Center yang melancarkan lagi kualiti permainan dan meletakkan kesemuanya dalam folder jadi tak ada lah messy korang punya homescreen tu.

Korang boleh dapatkan Razer Phone 2 di pengedar rasmi Razer ataupun membeli dengan kontrak tahunan dari Maxis atau U Mobile.

Maxis Zerolution: Serendah RM101/sebulan untuk MaxisONE Plan 188. KLIK SINI

U Mobile: Serendah RM99 dengan pelan Unlimited Hero P99. KLIK SINI

RELATED NEWS

+