Ratchet & Clank akan menerima kemaskini PS5, 60fps

Ratchet and Clank yang merupakan remake oleh Insomniac Games adalah salah satu permainan popular ketika PS4. Hari ini, pembangun mengumumkan permainan video ini akan menerima patch pengoptimuman di PlayStation 5.

Kemaskini terbaru ini akan membolehkan pengguna PS5 memainkan permainan ini pada kelancaran 60 kadar bingkai sesaat. Kemaskini ini adalah percuma dan tersedia untuk pengguna yang mendapatkan permainan ini menerusi PlayStation Plus juga.

Pada masa sama, sekuel kepadanya, Rift Apart akan tiba pada 11 Jun dan merupakan eksklusif di PS5. Oleh itu, kemaskini ini adalah satu penambahbaikan ditunggu-tunggu.

Sumber rujukan: TheVerge

RELATED NEWS

+