[RASMI] RSG MY, Geek Fam ke SEA Final

Kuala Lumpur: RSG MY memberikan kejutan kepada semua para peminat PUBG Mobile Malaysia apabila mereka berjaya muncul juara final PMPL MYSG musim ketiga dan layak ke SEA Finals dengan kemasukan Kim dan juga Badman baru-baru ini.

Turut layak ke SEA Finals adalah Geek Fam dengan 177 mata.

Mengikut kiraan mata, RSG MY memperoleh keseluruhan 196 mata. Mereka akan menyertai Dingoz MPX di SEA Final juga nanti.

Team Secret dan Yoodo Gank juga tidak mampu untuk menandingi mereka pada musim kali ini.

Selain itu, 12 pasukan mempunyai mata teratas akan mendapat peluang untuk menyertai PMPL musim yang seterusnya.

Ini menjadikan setiap pasukan menyedari mereka harus bertarung dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan peluang ini.

Yoodo Gank malang sekali tidak dapat bermain untuk PMPL seterusnya buat pertama kali, jumlah mata yang dikumpul oleh mereka tidak cukup untuk melayakkan mereka ke dalam kedudukan 12 teratas. 

Tahniah diucapkan oleh RSG Malaysia, mereka berjaya mengumpul 5 WWCD sepanjang pertandingan tersebut.

Ia satu pencapaian yang besar buat pasukan ini, mereka bertanding dengan pasukan-pasukan terkuat Malaysia antaranya Team Secret dan juga Yoodo Gank yang merupakan bekas juara PMPL sebelum ini. 

RELATED NEWS

+