"> " /> " />

Rampage Free Fire Edisi ke-3 kembali dengan lagu tema dari DJ Dimitri Vegas dan Like Mike

DJ Dimitri Vegas dan Like Mike yang merupakan no.2 terhebat dalam DJ Mag’s Top 100 DJs list. Mereka berdua kali ini membuat lagu bertajuk ‘Rampage’ untuk Free Fire.

Acara Rampage: New Dawn kali ini menggunakan tema futuristik dan memperkenalkan empat karakter iaitu Drake, Rajah, Speedy dan Aurora yang menjadi hero di sebalik tabir. Rampage: New Dawn juga mempunyai kostum bundle baru iaitu Shadow Earthshaker.

 

Pada 26 Jun ini anda juga boleh bermain sebagai Drake, Rajah, Speedy dan Aurora dalam mod Battle Royale baru eksklusif Rampage. Pemain boleh meningkatkan kebolehan berlawan mereka dengan mengutip runes istimewa yang akan muncul di serata peta Rampage.

Bagi maklumat lebih lanjut mengenai Rampage: New Dawn, anda boleh mengikuti beberapa laman utama sosial media Garena Free Fire atau boleh muat turun Free Fire di Apple App Store dan Google Play Store.

RELATED NEWS

+