Ramai pemain ‘game’ wanita guna identiti tidak berjantina/lelaki bagi mengelakkan gangguan

Reach3 Insights dan Lenovo baru-baru ni mengumumkan tentang penemuan kajian baru untuk lebih memahami pengalaman perempuan dalam industri gaming dan bagaimana cara untuk syarikat permainan video boleh sediakan suasana yang lebih inklusif untuk pemain wanita.

Hasil dapat kajian tersebut adalah:

  • Wanita main permainan video yang sama dengan lelaki. Lebih 88% wanita bermain permainan video kompetitif, 75% lebih suka bermain permainan video aksi/survival manakala 66% bermain permainan video shooters.
  • 77% wanita sentiasa berasa kecewa ketika bermain permainan video disebabkan jantina sendiri. Kemahiran dipersoalkan (70%), gatekeeping (65%) dan komen untuk merendahkan diri (50%) antara kekangan yang selalu dihadapi pemain wanita. Ditambah lagi sebanyak 44% wanita juga mendapat pertanyaan tentang status perhubungan ketika bermain permainan video.
  • 59% wanita menggunakan indentiti tiada jantina atau identiti lelaki semasa bermain untuk mengelakkan konflik.
  • 71% daripada peserta tinjauan kajian ini mengatakan syarikat permainan video perlu sediakan suasana lebih inklusif supaya memberi impak lebih besar.

“Walaupun selalu dikaitkan dengan lelaki, wanita kini bangkit untuk menonjol dalam dunia permainan video,” kata Leigh Admirand, Naib Pengerusi Senior di Reach3 Insights.

Laporan ini bukan hanya untuk kesedaran tetapi agar syarikat, jenama-jenama besar, restoran, dan telekomunikasi untuk membantu sekaligus menaikkan lagi taraf komuniti gaming.

Sumber rujukan: Reach3

Foto: Pandasecurity

RELATED NEWS

+