Ragnarok Online MYSG: Klien Untuk Closed-Beta Boleh Dimuat Turun Sekarang

Apa tunggu lagi kipas susah mati Ragnarok sekalian! Sekarang korang boleh mula memuat turun klien Ragnarok Online dalam closed-beta.

Apa yang korang perlu tahu ialah kesemua data yang disimpan dalam fasa ini tidak akan dibawa dalam fasa open-beta kelak bermakna karakter, item dan sebagainya akan dipadam.

Tapi janganlah risau kerana fasa ini akan berakhir pada 29 November, hanya dua hari dari sekarang. Jadi ini masanya untuk anda cuba mingle around, cari member-member untuk guildmates kerana pada fasa open beta nanti, korang dah boleh prepare awal-awal.

Untuk itu juga, Ragnarok Online Extreme ini menawarkan beberapa ganjaran khas apabila korang reach level-level tertera pada gambar ini. 

Jangan lupa memuat turun klien Ragnarok Online hari ini! Boleh muat turun di sini.

RELATED NEWS

+