PVP Esports: Dota 2, PUBG Mobile dan Mobile Legends – RM90,000 hadiah terkumpul

Walaupun COVID-19 masih berleluasa, itu tak mematahkan semangat atlet-atlet e-sukan untuk terus mengharumkan nama negara di peringkat Asia Tenggara. Kejohanan PVP Esports Championship Regional Finals dibawakan oleh Singtel akan bermula pada Sabtu dan Ahad ini secara dalam talian dan mengumpulkan lima negara berentap. Apa yang anda perlu tahu tentang kejohanan ini?

Jom baca lebih lanjut!

Pada musim pertama ini, dua jenis kejohanan dipertandingkan adalah PVP Esports Corporate Championship dan PVP Esports Campus Championship. Sebanyak tiga e-sukan dipertandingkan iaitu Dota 2, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile.

Kejohanan korporat adalah untuk mereka yang sudah bekerjaya dan bukannya pemain e-sukan sepenuh masa. Bagi peringkat kampus, ia adalah untuk mencari bakat baru yang terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi di negara masing-masing.

Saksikan live sepenuhnya di pvpesports.gg/watch

 

Malaysia pun ada wakil!

UiTM_Vendetta

Menerusi kejohanan-kejohanan pemilihan yang diadakan di negara masing-masing, terdapat lima negara yang terlibat:

  • Malaysia: UiTM Vendetta (Juara Yoodo Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3)
  • Singapura: Pigeon & Friends (Juara PVP Esports Campus Championship Season 1)
  • Indonesia: Unud Empire (Juara PVP Esports Campus Championship Kelayakan Indonesia)
  • Thailand: IDoNotSleep (Juara AIS Campus Championship Season 1)
  • Filipina: Teletigers (Juara AcadArena National Cup)

Wakil negara dalam kategori Mobile Legends, UiTM Vendetta dipilih kerana mereka baru saja memenangi Yoodo Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 (#YoodoKEK) yang diadakan baru-baru ini. Kejohanan itu mengumpulkan pasukan kampus terbaik dalam MLBB dan Call of Duty Mobile yang bersing di lima zon berbeza sebelum bertembung di Grand Final secara dalam talian.

Dalam kejohanan itu, UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam berjaya menewaskan SZA Panthera dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

UiTM Vendetta diwakili oleh:

  1. Kapten: Muhammad Nabil Japri (King Abey)
  2. Muhammad Badrun Ahmad Puad (King Badd)
  3. Danish Haziq Azrul Yussaini (King Deft)
  4. Aliff Nasir (King Dead)
  5. Muhammad Amirul Iqmal Rosman (King Coca)
  6. Muhammad Zulhafiz Md Yusuf (King White)

 

SGD$30,000 hadiah keseluruhan

Dalam kejohanan PVP Esports peringkat serantau ini, sebanyak SGD$30,000 menjadi tawaran hadiah wang tunai terkumpul. Bukan itu saja, johan hingga tempat ketiga bakal menerima barangan Razer yang berharga lebih SGD$1,000.

Hadiah terkumpul untuk kejohanan PVP Esports MLBB peringkat kampus.

Hadiah terkumpul untuk kejohanan PVP Esports Dota 2 peringkat Korporat.

 

Hadiah terkumpul untuk kejohanan PVP Esports MLBB peringkat Korporat.

Hadiah terkumpul untuk kejohanan PVP Esports PUBG Mobile peringkat Korporat.

 

Jadual perlawanan

Untuk saksikan siaran langsung dan dapatkan butiran lanjut, anda boleh layari Facebook rasmi mereka.

Bagi kejohanan PUBG Mobile Corporate, ia akan bermula pada 3 petang, Ahad ini.

Bagi Mobile Legends: Bang Bang,

  • Peringkat Korporat – 5 September (Sabtu) – 10 pagi
  • Peringkat Kampus – 6 September (Ahad) – 10 pagi

Korporat Dota 2 pula akan bermula pada jam 6 petang, Sabtu.

Jangan lupa untuk saksikan debaran kali ini dan memberi sokongan kepada pasukan Malaysia bertanding!

 

RELATED NEWS

+