PUBG: Sean “BadMaN” Tan beralih ke PUBG Mobile, sedang mencari pasukan baru

Bekas pemain profesional pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dari Battle Arena Elites (BAE), Sean “BadMaN” Tan umum akan beralih ke arena kompetitif di versi mudah alih.

Dalam satu posting ringkas di Facebook, beliau mengumumkan ini adalah masanya untuk lembaran baru.

“Dengan berat hatinya saya umumkan akan bertukar dari PUBG PC ke PUBG Mobile. Ini adalah lembaran baru untuk saya.

“Sekarang saya sedang mencari pasukan baru,” katanya.

 

Sean juga berharap organisasi-organisasi e-sukan tempatan menghubungi beliau di emel dan disertakan juga resume serta profil pemain di posting tersebut.

Dia juga berharap menerima tunjuk ajar dari komuniti permainan mudah alih tersebut.

Antara pencapaian Sean di bawah B.A.E adalah:

  • Menang kelayakan PGS SEA Series peringkat kelayakan Malaysia
  • Tempat ketiga di Acer Predator League 2018 MY Finals
  • Juara NVIDIA GeForce Cup Pacific MY Finals
  • Juara SIN Esports PUBG Tournament: Season 0 

RELATED NEWS

+