PUBG Mobile: Sean “BadMaN” Tan sah jadi jurulatih Damansara Esports

Selepas mengumumkan akan berpindah dari PUBG PC ke PUBG Mobile, bekas pemain profesional Battle Arena Elites (B.A.E), Sean “BadMaN” Tan kini menjadi jurulatih Damansara Esports.

Pengumuman itu dibuat di Facebook rasmi Damansara Esports, petang tadi.

Antara pencapaian Sean di bawah B.A.E adalah:

  • Menang kelayakan PGS SEA Series peringkat kelayakan Malaysia
  • Tempat ketiga di Acer Predator League 2018 MY Finals
  • Juara NVIDIA GeForce Cup Pacific MY Finals
  • Juara SIN Esports PUBG Tournament: Season 0 

Damansara Esports bertanding di Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL) Musim Kedua sejak 19 Ogos lalu.

Mereka dianggotai oleh bekas pemain Last Survivor R2K iaitu Mosgoku, Echong, Zykz, PewPew dan NSP.

RELATED NEWS

+