PUBG Mobile Malaysia National Championship Kini Kembali Untuk Musim 2019! Jom Daftar Sekarang

Adakah Yoodo Gank bakal mempertahankan takhta mereka dalam edisi pertama?

Kejohanan Nasional Malaysia PUBG Mobile kembali untuk musim kedua dengan hadiah wang tunai terkumpul RM114,000!

Sebelum ini, hanya empat pusingan kelayakan peringkat negeri diadakan dan kini ia diperbesarkan kepada enam kelayakan. Ini adalah keenam-enam peringkat kelayakan negeri yang akan dilakukan untuk PMNC 2019: Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Dua pasukan teratas dari setiap kelayakan akan berjumpa di Grand Finals yang mana empat pasukan profesional sudah pun dijemput bermakna terdapat 16 keseluruhan pasukan yang akan merebut hadiah wang tunai terkumpul RM114,000 itu.

  • Peringkat Selangor: 27 April 2019 di Sunway Lagoon, Selangor
  • Peringkat Sabah: 25 Mei 2019 di Suria Sabah, Sabah
  • Peringkat Kuala Lumpur: 01 Jun 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
  • Peringkat Pulau Pinang: 15 Jun 2019 di Hin Bus Depot, Pulau Pinang
  • Peringkat Johor: 22 Jun 2019 di Paradigm Mall, Johor Bahru
  • Peringkat Sarawak: 29 Jun 2019 di Emart Batu Kawa, Sarawak

Grand Finals pula akan diumumkan kemudian.

Kejohanan PMNC 2019 ini dianjurkan oleh Tencent dengan kerjasama Vivo dan Yoodo sebagai penaja. Korang boleh mula mendaftar untuk semua kelayakan ini bermula sekarang. Klik www.pubgmobile.com/MY/PMNC2019 untuk mendaftar.

RELATED NEWS

+