PUBG Mobile Lancar Sistem ‘Healthy Gaming’ Untuk Mengingatkan Pemain Berehat & Berhenti Bermain

Untuk mempromosikan budaya ‘healthy gaming’, PUBG Mobile memperkenalkan satu sistem pengurusan permainan (Gameplay Management) baru khas untuk pemain berumur 18 tahun ke bawah.

Demi mengurangkan gejala bermain PUBG Mobile dalam jangka masa panjang, pemain bawah 18 tahun ke bawah perlu bersetuju dengan syarat sistem baru sebelum boleh membuka game battle royale di telefon pintar. Sistem ini akan mengeluarkan satu mesej peringatan secara berkala untuk mengingatkan pemain muda untuk berehat atau berhenti bermain game.

Setakat ini, sistem pengurusan ini telah beroperasi di Indonesia, India, Nepal, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Iraq, Arab Saudi dan Mesir. Sistem ini juga akan hadir di negara lain secara berperingkat. 

Implementasi sistem ini adalah tindak balas kepada aduan ibu bapa risau akan anak mereka bermain PUBG Mobile terlalu lama. Sebelum ini, negara seperti Nepal dan India mengharamkan PUBG buat sementara waktu kerana bimbang akan kesan terhadap belia.

Negara China juga mengharamkan PUBG dan menggantikan permainan battle royale ini dengan permainan lebih patriotik untuk negara ini yang dibangunkan oleh pembangun sama, Tencent baru-baru ini.

Buat masa sekarang, Tencent sedang menerima maklumbalas daripada pemain dan akan melakukan langkah sesuai berteraskan pendidikan bagi lancarkan sistem ini secara berperingkat. 

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman yang menandakan sistem pengurusan ini akan dilancarkan bagi versi PC dan konsol.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+