Kathmandu Post."> Kathmandu Post." /> Kathmandu Post." />

PUBG Haram Dimainkan Di Nepal

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah diharamkan di Nepal mengikut laporan Kathmandu Post.

Pengharamaan ini dikuatkuasakan setelah Jabatan Jenayah Metropolitan Nepal memfailkan Litigasi Kepentingan Awam kepada Makhamah Daerah Kathmandu pada hari Rabu lalu.

Keesokan harinya, Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal mengarahkan semua syarikat pembekal internet dan pembekal sistem telefon untuk menghalang game battle royale popular ini.

Menurut ketua Jabatan Jenayah Metropolitan, Dhiraj Pratap Singh memberitahu kepada Kathmandu Post, “Kami menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan pihak sekolah tentang kesan game ini terhadap anak-anak. Kami juga sudah mengadakan perbincangan dengan pakar psikiatrik sebelum meminta izin Makhamah Daerah Kathamandu untuk haramkan game ini.”

“Ramai ibu bapa dan sekolah mengadu bahawa game ini mengganggu pembelajaran anak mereka dan jadikan mereka lebih agresif. Apabila kita merujuk kepada pakar, mereka berkata keganasan dalam game ini menjadikan orang agresif dalam dunia sebenar,” kata Singh.

Ini bukan pertama kali PUBG mendapat tentangan orang ramai malahan game ini pernah diharamkan di negara China pada 2017 dan beberapa daerah di India pada Mac lepas tetapi pengharaman itu hanya bersifat sementara sahaja.

Apa pendapat korang tentang pengharamaan PUBG? Adakah PUBG benar-benar membawa kesan buruk kepada anak muda ataupun sebaliknya? Kongsikan pendapat bersama kami!

Ikuti MyGameOn di Facebook dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+