PUBG: Battle Arena Elites (B.A.E) Adalah Wakil Malaysia Ke Liga Profesional 303 Royale

Pasukan profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Battle Arena Elites (B.A.E) adalah satu-satunya wakil Malaysia ke liga profesional 303 Royale yang dikendalikan oleh organisasi e-sukan bertapak di Colorado, 303 Esports.

B.A.E diwakili oleh Neferhor (kapten), BadMaN, Lokies, Savior, Mzero (sub), REIGN (dalam tempoh percubaan) dan Companyman (jurulatih).

Mereka menyertai liga ini bersama 23 lagi pasukan lain dari serata dunia termasuklah yang dikenali dalam arena PUBG antaranya:

🇦🇺 Immunity & Incognito
🇺🇸 Shoot To Kill & Susquehanna Soniqs
🇪🇺 Singularity & Elgiganten Gaming
🇹🇷 Digital Athletics

Liga Profesional 303 Royale ini berlangsung selama lima minggu namun perlawanan B.A.E hanya pada minggu pertama ini dan kedua di kumpulan B. Liga ini menawarkan wang tunai terkumpul RM26,666.

Manakala Grand Final pula akan bermula pada 24 Januari dan 31 Januari.

Perlawanan pertama sudah pun bermula pada minggu ini dan skor terkini mereka boleh disaksikan di SINI dan di SINI.

Strim rasmi bagi liga ini boleh disaksikan menerusi Twitch.

Mereka perlu mendapatkan kedudukan 16 teratas di antara 24 pasukan bagi melayakkan diri ke Grand Final.

Penulis ingin mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dan semoga dapat menunjukkan kekuatan pasukan Malaysia!

(Foto: Battle Arena Malaysia)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+