Predator League 2019: Afreeca Freecs Fatal Juara PUBG, TNC.Predator Johan DOTA2 – Bawa Pulang RM300,000!

Dalam pusingan grand final ataupun round ke-15, skuad PUBG dari Korea Selatan, Afreeca Freecs Fatal nampaknya berjaya menunjukkan taring mereka di kejohanan APAC Predator League 2019 yang berlangsung di Bangkok, Thailand mengumpulkan 26 pasukan dari 16 negara berebut prize pool RM1 juta!

Skuad Korea Selatan (tengah) sambut kemenangan

Mereka berjaya mengumpul sebanyak 172 mata selepas menewaskan ramai lagi pasukan mengikut mata. Fuhhh hebat! Sementara itu, wakil negara, Team Asbol hanya berpuas hati di tempat ke-13 dengan 49 mata serta 30 jumlah pembunuhan (kills).

Tak cukup dengan mendapat tempat pertama, Fatal juga membawa pulang wang tunai terkumpul USD75,000 (RM300,000) beserta empat unit Predator Helios 300! Tahniah kepada mereka!

Purple Mood Esport dari Thailand

Naib juara diperoleh pasukan Purple Mood Esport yang juga tuan rumah dengan hadiah wang tunai RM120,000.

Team Immunity dari Australia

Tempat ketiga pula berpihak kepada Team Immunity, skuad Australia yang baru first time berentap untuk kejohanan kali ini (tahun lepas tak ada negara Australia) membawa pulang RM60,000. 

Geek Fam berpuas hati di tempat ketiga dengan wang tunai RM60,000

Sementara itu bagi wakil negara, Geek Fam dan LOTAC Gaming yang bermain untuk Dota 2, mereka berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Geek Fam bermain dengan sangat baik namun gagal mempertahankan kejuaraan mereka dalam edisi lepas. Mereka tewas 0-2 di tangan wakil Indonesia, Boom ID.

BOOM ID bawa pulang RM120,000!

Pertarungan Boom ID dengan TNC Predator pula agak sengit namun skuad Indonesia itu terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 dalam best of three grand finals.

Tahniah kepada TNC! Mereka bawa pulang wang tunai RM300,000

Lebih mengejutkan pada acara penutupan, semua ternanti-nanti negara mana yang akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan APAC Predator League 2020. Ramai yang meneka Malaysia adalah negara seterusnya tapi Presiden Acer Asia Pasifik mengejutkan semua orang dengan pengumuman Filipina sebagai tuan rumah. Pastinya ini juga satu berita baik kepada semua kerana kita tahu komuniti Dota 2 di Filipina sangatlah besar (hint: Manila Major). 

Kami dari MyGameOn mengucapkan tahniah kepada wakil Malaysia yang sudah bersusah payah bertarung hingga ke tahap ini membawa nama negara. Semoga tahun depan kita akan menyaksikan Malaysia sekali lagi memberikan rekod cemerlang! 

Akhir kata, #GGWP lah kepada semua yang bertanding!

RELATED NEWS

+