Predator Gaming Chair x OSIM diperlihatkan, satu kerjasama antara Acer dan OSIM

Kerusi gaming yang mempunyai kemampuan untuk mengurut, rasanya adalah satu kombinasi yang menarik. Sebab penulis yakin ramai antara anda mungkin kekurangan masa untuk ke gimnasium ataupun sekadar melakukan senama dengan konsisten, jadi ini mungkin satu pilihan tepat!

Dalam Acer Global Press Conference yang berlangsung semalam, mereka mengumumkan Predator Gaming Chair x OSIM yang memberikan urutan menyenangkan dengan teknologi OSIM V-Hand Massage. 

Anda seolah merasakan urutan sebenar dari profesional dan ia diereka untuk mengurangkan tension dan menambah keselesaan ketika dan selepas perlawanan.

Kerusi ini boleh disandarkan sehingga 145 darjah dan pengguna boleh menggunakan butang di bahagian tepi kanan untuk mengawal dua set mesin seakan tangan yang mengurut. 

Menariknya, ia juga dilengkapi dua pembesar suara Bluetooth yang built in di headrest untuk menambahkan lagi pengalaman gaming yang ada tanpa perlukan fon kepala.

Buat masa ini, masih belum ada tarikh pelancaran rasmi dan harga ditetapkan.

RELATED NEWS

+