PMPL: “Semua ada bagi semangat bila Vokey kehilangan neneknya,” – RSG MY

“Pemain kami (Vokey) dan Country Director (Johnny) kehilangan keluarga rapat yang tersayang pada hari kedua dan hari terakhir grand final. Tapi semua orang ada memberikan semangat antara kami dan penyokong juga turut mendoakan kejayaan,” itu kata Pengurus Operasi RSG MY, Aiman Wafiy Roslan.

“Jadi kami jalan terus dan tidak menoleh ke belakang kerana itulah peluang terbaik untuk menjuarai country finals setelah mendahului pada hari kedua,” tambahnya.

Aiman Wafiy

Aiman ketika dihubungi berkata, beliau optimis dengan prestasi pasukan secara menyeluruh sepanjang Grand Final PMPL MYSG S3.

“Kami tahu musim ini semua pasukan bermain dengan lebih baik. Selepas minggu kedua, kami reset kembali dan lihat di mana kesalahan. 

“Pada minggu ketiga liga, kami cuba kejar dan terus bawa momentum ke Grand Final,” katanya.

Aiman juga berkata pada asalnya RSG MY memang menyasarkan untuk ke SEA Finals. Katanya, dengan sistem dan latihan dijalankan lebih baik berbanding dua musim lalu, tidak ada alasan untuk mereka tidak lolos ke SEA Finals.

Ditanya mengenai persiapan ke SEA Finals, Aiman berkata ia tak menjadi masalah untuk BadMan, Kim, SmallBoY dan ChillRex kerana pernah bertanding di peringkat serantau tapi tidak bagi Vokey.

“Ini pengalaman pertama Vokey bermain di peringkat serantau. Ada banyak lagi yang boleh diperbetulkan.

“Di SEA Finals kali ini, konsistensi sekali lagi menjadi sasaran kami kerana sedang dalam proses menjadi lebih baik. Teruskan menyokong kami,” akhirinya.

RSG MY sebelum ini berjaya menjuarai Grand Final PMPL MYSG S3 dan layak ke SEA Finals bersama wakil senegara, Geek Fam MY.

RELATED NEWS

+