PMPL: RSG MY hanya tinggal selangkah untuk ke SEA Finals

Peringkat country final yang telah berlangsung pada Jumaat lalu kini menuju ke penghujungnya di mana 16 pasukan akan bertarung untuk mendapatkan tempat pertama dan kedua bagi merebut hadiah lumayan serta slot ke PMPL Asia Tenggara yang akan berlangsung pada bulan Mei depan.

Pada hari kedua perlawanan ini, pasukan RSG MY telah bermain dengan begitu baik sekali. Mereka berjaya mendapatkan chicken di peta kedua, ketiga dan kelima. 

Meskipun pasukan RSG MY ini baru sahaja membawa masuk roster baru mereka iaitu Badman dan Kim, mereka langsung tidak menunjukkan kelemahan kepada pasukan yang lain. Team Secret juga tidak dapat menandingi momentum yang ditonjolkan oleh mereka setakat ini.

RSG MY mempunyai corak perlawanan yang lebih agresif dan tak dapat dilupakan balingan bom oleh Kim semalam ke arah ahli EVOS ViP bermain dalam ingatan.

Selain itu, mata yang telah dikumpulkan setakat ini sebanyak 144 mata adalah jauh mendahului pasukan-pasukan yang lain. Geek Fam berada di kedudukan kedua dengan 117 mata manakala Homebois, J8 dan Anti Circle masing-masing mempunyai 110 mata ke atas. 

Dingoz MPX tidak begitu menonjol di peringkat country final ini, mereka hanya berjaya mengumpul 52 mata setakat ini manakala pasukan Yoodo Gank pula telah bangkit dari prestasi yang tidak memuaskan di hari pertama. Mereka harus mendapatkan banyak chicken pada hari ini untuk merebut slot tersebut.

Jika pasukan RSG MY mampu mengekalkan prestasi yang cemerlang ini di hari terakhir hari ini, pasti mereka akan berpeluang untuk menjadi juara serta mendapatkan slot untuk bermain dengan pasukan bertaraf dunia yang lain seperti BTR, Geek Fam ID dan lain-lain.

Berbeza dengan sebelum ini, hanya 12 pasukan teratas akan dijemput terus ke musim keempat, satu format baru diperkenalkan oleh Tencent.

RELATED NEWS

+