PlayStation 4 Pro Edisi God of War Diumumkan – Sony

Akan hadir pada 20 April ini. 

Ya, bersempena tarikh pelancaran rasmi game God of War, Sony akan mengeluarkan PlayStation 4 Pro edisi God of War! Tindakan Sony bermakna pihak mereka jelas mengetahui populariti God of War yang menjadi igauan peminat di seluruh dunia.

Bundle ini menampilkan PS4 Pro yang mempunyai rekaan corak seakan Kapak Leviathan, senjata baru Kratos berserta controller DS4. Turut disertakan ialah permainan God of War dalam bentuk fizikal dan kandungan digital yang belum didedahkan.

Ia boleh didapatkan dengan harga RM1,999 (jangkaan), RM200 lebih mahal berbanding sebuah PS4 Pro yang biasa. Pastinya yang meminati siri ini akan menaik taraf atau menukar PS4 sedia ada mereka. Adakah korang salah satu daripadanya?

Sumber: Gamespot

 

RELATED NEWS

+