Playoffs MPL MY musim ketujuh dalam talian bagi mengelakkan penularan COVID-19

Kuala Lumpur: Playoffs bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY) musim ketujuh akan diadakan secara dalam talian kerana penularan wabak COVID-19 yang kini sudah mencecah hampir 7,000 kes harian.

Berita itu diumumkan dalam satu posting ringkas di Instagram @mplmy.official semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Dalam post itu menyatakan pasukan akan bermain dari tempat tinggal mereka sendiri atau dari gaming house sahaja. Ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan segala kru terlibat termasuk pemain terjamin dari dijangkiti virus.

Jadual bagi playoffs ini sudah pun dikeluarkan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Mereka menggunakan format best of three bagi perlawanan hari pertama dan kedua manakala best of five digunakan untuk perlawanan peringkat lower bracket finals.

Grand Finals pula menggunakan format best of seven yang menampilkan siri tujuh perlawanan bagi peringkat akhir.

Tonton video penuh iklan acah playoffs MPL Malaysia musim ketujuh.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Sebanyak lapan pasukan akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM413,950) bermula 28 hingga 30 Mei ini.

RELATED NEWS

+