Pesta Game 2021 akan berlangsung pada esok dan Ahad

Hari sukan virtual pertama di Malaysia “Pesta Game” akan diteruskan lagi di tarikh yang baru bermula pada esok dan Ahad ini. Acara ini adalah hasil kerjasama Youtube bersama MyGameOn dan juga IGN SEA.

Pesta Game ini menyaksikan para pencipta kandungan Youtube yang akan bertanding antara satu sama lain untuk meraih kemenangan bagi rumah sukan masing-masing.

Acara ini pada asalnya telah ditunda berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun lalu bagi memastikan keselamatan para pencipta kandungan dan krew semua yang terlibat di dalam acara ini.

Para penonton akan dapat menyaksikan acara ini yang akan ditayangkan dengan serentak menerusi lapan saluran Youtube terbesar Malaysia. Ia juga buat pertama kalinya akan disiarkan di saluran TV3, TV9, Drama Sangat dan Hot TV oleh Media Prima. 

Selain itu, anda juga boleh menonton Pesta Game di saluran individu, Cikidot, Vlogger Dumpling Soda, pakar gajet Fuzz Channel video mukbang dari Isaac Osman. Sambil menonton acara ini secara langsung, para penonton akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik dari Samsung dan juga promosi-promosi eksklusif lain.

Menurut Ben Jern, ketua Youtube Malaysia berkata “Kami berasa gembira dengan talian hayat yang telah diberikan kepada Pesta Game untuk diteruskan. Kami sememangnya membayangkan acara ini sebagai sebuah cara untuk kita semua meluangkan masa bersama secara selamat dari kediaman masing-masing dan siaran langsung permainan video bersama para pencipta kandungan Youtube kegemaran Malaysia merentasi peranti mudah alih, komputer dan TV terhubung merupakan cara yang terbaik untuk berbuat demikian. Hari sukan mesti diteruskan!”

Manakala KM Liew selaku ketua perniagaan IT dan mudah alih, Samsung Malaysia Electronics juga menyatakan “Kami berasa teruja untuk meneruskan Pesta Game. Dengan kemunculan bentuk-bentuk hiburan yang baru, para penonton pantas menerika pakai format-format baru untuk terus berhibur.” ujarnya. 

RELATED NEWS

+