Permainan Kung Fu untuk PC, PS5, dan PS4 bertajuk Sifu diumumkan

Dalam siaran langsung State of Play pagi ini, Sony Interactive Entertainment dan Sloclap mengumumkan permainan baharu Sifu. Ia akan dilancarkan di PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), dan PC (Epic Games Store) pada tahun ini.

Jalan cerita dan nada Sifu diinspirasikan dari filem-filem Kung Fu. Dalam permainan ini, anda bermain sebagai seorang pelajar Kung Fu yang telah berlatih seumur hidup untuk membalas dendam terhadap skuad pembunuh yang membunuh keluarganya.

Satu elemen unik tentang permainan ini ialah watak utama bergantung kepada sejenis loket magik yang membenarkannya untuk hidup semula jika dibunuh. Walaubagaimanapun, dia akan menjadi lebih tua setiap kali dihidupkan semula.

Dapatkan maklumat lanjut tentang permainan ini di laman web rasmi Sifu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+