Permainan buatan Malaysia Eximius: Seize the Frontline akan tiba pada 16 Mac 2021

Studio pembangunan permainan video tempatan Ammobox Studios telah mengumumkan bahawa permainan mereka Eximius: Seize the Frontline akan dilancarkan untuk PC pada 16 Mac tahun ini.

Perkara unik tentang Eximius ialah ia menggabungkan dua genre besar berbeza iaitu first-person shooter (FPS) dan juga real-time strategy (RTS). Ini bermaksud pemain boleh menjadi panglima yang mengarahkan askar-askar di darat dan juga bermain sebagai askar atau unit individu.

Terdapat mod multi-pemain yang membolehkan kita untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dalam menyusun strategi dan melaksanakan misi. Pemain panglima boleh membantu menyusun strategi peperangan dan pemain yang menjadi askar pula memastikan misi dijalankan dengan baik.

Permainan ini sebelum ini dilancarkan secara early access di Steam dan orang ramai berpeluang mencubanya. Pada 16 Mac ini, Ammobox Studios akan melancarkan versi 1.0 yang boleh dibeli di Steam.

Untuk maklumat lanjut tentang Eximius, anda boleh mengikut laman-laman media sosial Ammobox Studios di Twitter dan Facebook.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+