mengurangkan bajet mereka untuk Worlds kali ini di Korea."> mengurangkan bajet mereka untuk Worlds kali ini di Korea." /> mengurangkan bajet mereka untuk Worlds kali ini di Korea." />

Pengulas Dota 2, ODPixel Mengkritik Tindakan Riot Games Berkenaan Isu Caster Tak Dihantar Ke Korea

Riot Games nampaknya akan mengurangkan bajet mereka untuk Worlds kali ini di Korea.

Mengikut laporan terbaru, barisan pengulas berbahasa Inggeris akan berada di Los Angeles dan bukannya di lokasi acara itu sendiri di Korea. Seorang pengulas, Vedius bagaimanapun mempunyai pandangannya.

Ketika ditanya peminat jika dia dijemput ke Korea, Vedius hanya berkata yang World Championship ‘dibuat di LA’. Kebiasaannya Riot akan meletakkan pengulas di studio LCS Eropah dan Amerika Utara dan bukannya di pentas; jika acara itu bukan diadakan di Eropah dan Amerika Utara.

Kru itu kemudiannya akan dihantar ke lokasi acara utama untuk peringkat group stage dan bracket stage. Tapi untuk Worlds 2018, stream English untuk acara utama pun perlu dibuat dari Los Angeles, California. 

Ini kemungkinan Riot ingin meminimalkan bajet tapi ia akan menjadi isu buat pengulas kerana waktu perlawanan yang berbeza antara dua benua itu. Eropah/Amerika Utara mempunyai waktu yang agak berbeza dengan waktu tempatan (Korea) lebih kurang 16 jam.

Dengan keuntungan berlipat ganda dan player base enam hingga lapan kali ganda lebih banyak daripada Dota 2, tindakan Riot masih dipersoalkan. Sementara itu, pengulas Dota 2, ODPixel ataupun Owen Davies menyelar tindakan Riot Games di Twitter milik beliau. 

ODPixel mengatakan tindakan Riot itu adalah satu insult kepada peminat LOL (terutamanya player base yang sangat besar di Eropah dan Amerika Utara).

Jika ingin dibandingkan dengan Dota 2 di sini, Valve biasanya akan menghantar krew pengulas berbahasa Inggeris mereka ke lokasi. Lihat saja kejohanan DAC, Starladder dan Perfect World Masters, mereka menghargai talent-talent yang sentiasa cipta hype di arena.

Sumber: altchar

RELATED NEWS

+