Penggodam berjaya mencuri data daripada EA

Penggodam telah mencuri beberapa data dari Electronic Arts (EA) yang terkenal dengan Battlefield, FIFA dan The Sims.

“EA boleh mengeksploitasikan segalanya jika mereka mahu,” kata seorang penggodam dalam beberapa forum penggodam seperti yang dilihat oleh Motherboard.

Di dalam forum tersebut, penggodam mengatakan mereka sudah mencuri source code FIFA 21 and juga kod untuk matchmaking server. Mereka juga berjaya mencuri source code enjin Frostbite yang digunakan oleh EA untuk permainan video seperti Battlefield.

EA mengesahkan kepada Motherboard bahawa pencurian data ini masih dalam siasatan.

“Tiada data para pemain yang telah dicuri untuk melanggar hak privasi pemain-pemain. Disebabkan oleh kejadian ini, kami telah meningkatkan tahap keselamatan dan perkara ini tidak akan mengganggu permainan video yang sedia ada dan juga perniagaan EA.”

Rujukan: Vice

RELATED NEWS

+