terjual lebih 3.1 juta unit dalam masa 3 hari dan diiktiraf sebagai antara game yang terbaik di konsol."> terjual lebih 3.1 juta unit dalam masa 3 hari dan diiktiraf sebagai antara game yang terbaik di konsol." /> terjual lebih 3.1 juta unit dalam masa 3 hari dan diiktiraf sebagai antara game yang terbaik di konsol." />

Pengarah God of War Tak Akan Develop Game Yang Tiada Kandungan Single Player

Ramai publisher menganggap permainan perseorangan (single-player) tidak menjadi. Dan kemudian datanglah God of War di Playstation 4 yang mengubah landskap dan tanggapan itu, terjual lebih 3.1 juta unit dalam masa 3 hari dan diiktiraf sebagai antara game yang terbaik di konsol.

Pengarah Kreatif, Cory Barlog mengatakan pada dulunya yang kandungan permainan perseorangan adalah penting dalam game. Tapi dalam temubual bersama IGN, Beliau mengatakan tidak akan membangunkan sebuah game melainkan ia mempunyai kandungan single-player yang menarik.

“Pertandingan tidak mempengaruhi saya. Bukannya nak kata pertandingan itu tak baik dan bukannya nak kata permainan kompetitif itu tak menarik tapi saya hanya suka jika permainan ini wujud tapi memang bukan jiwa saya,”

Dia merasakan permainan multi-pemain dan perseorangan akan mengalami perubahan sepanjang masa. Baginya, kewujudan dua jenis permainan ini di pasaran menyebabkan industri gaming bergerak di landasan betul – dan seperti Fortnite, pasti ada yang lain iaitu God of War.

Barlog meletakkan minat untuk menyambung siri God of War dengan beberapa sekuel mungkin dalam pembikinan. Dan selagi God of War terus mendapat permintaan, Sony mestinya tak ada masalah untuk memberi green-light

Beliau mengakhiri dengan kata-kata yang permainan single-player tak akan ke mana dan God of War adalah contoh bahawa genre ini akan kekal lebih lama untuk masa akan datang.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+