Famous People Today."> Famous People Today." /> Famous People Today." />

Pendapatan Shroud sebanyak RM66.4 juta pada tahun 2020

Penghibur penstriman langsung popular, Michael Grzesiek atau Shroud dikhabarkan mempunyai pendapatan sebanyak AS$16 juta (RM66.4 juta) pada tahun ini, mengikut satu laporan daripada Famous People Today.

Shroud yang popular menerusi platform Twitch dan Youtube ini pada mulanya dikenali sebagai pemain profesional CS:GO. Beliau  membantu Cloud9 memenangi ESL Pro League Musim Keempat pada 2016.

Sepanjang berada di Twitch, beliau mengumpul peminat dan mendapat tawaran eksklusif daripada Microsoft untuk stream di Mixer (yang mana tawaran itu bernilai kira-kira AS$10 juta).

Tapi selepas Microsoft menutup Mixer, Shroud kembali ke Twitch pada Ogos lalu dan mencatatkan rekod 516,000 penonton serentak.

Dari segi pencapaiannya, Shroud mempunyai  lebih  8.4 juta pengikut di Twitch dan 5.5 juta pengikut di Youtube. 

Shroud juga bermain macam-macam permainan video seperti PUBG, CS:GO, Apex Legends, VALORANT, Fortnite dan Escape From Tarkov.

Beliau juga pernah ditaja oleh Madrinas Coffee, HyperX, MSI, Crunchyroll, Logitech, MSI dan jenama pakaian J1nx.

Sumber rujukan: clutchpoints

RELATED NEWS

+