Pendaftaran kejohanan Free Fire Malaysia kini dibuka

Kuala Lumpur: Garena semalam mengumumkan Kejohanan Free Fire Malaysia (FFMC 2021) yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$50,000 (RM200,000).

Kejohanan ini adalah satu-satunya kejohanan khas buat Malaysia selepas Free Fire Malaysia Open tahun lalu.

Setiap akaun atas level 20 dan gold rank berpeluang untuk daftar dan bertanding tanpa bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Anda boleh mendaftar menerusi tab Free Fire Cup dalam permainan bermula sekarang.

Terdapat beberapa peringkat iaitu pusingan kelayakan, peringkat liga dan Grand Finals.

Kelayakan

Sebuah pasukan merangkumi empat hingga enam orang akan memulakan kembara mereka dalam kejohanan menerusi pusingan kelayakan dalam talian. Pendaftaran dibuka semalam hingga 3 Jun ini.

Dari situ, pemain boleh membentuk pasukan dan bertanding dalam kelayakan (in-game) daripada 4 hingga 6 Jun ini.

48 pasukan terbaik dari leaderboard akan mara ke final pusingan kelayakan.

Dalam final, pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan, yang mana setiap pasukan akan main dalam format pusingan best of 4. 18 pasukan terbaik dari final ini akan mara ke peringkat liga pula.

Peringkat Liga

Di sini, 18 pasukan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana satu kumpulan, enam pasukan. Mereka akan bertarung dalam peringkat kumpulan dengan lapan perlawanan setiap hari.

Kumpulan akan shuffle selepas empat hari berlawan. 

Daripada 27 Jun hingga 18 Julai, pasukan-pasukan akan berlawan merebut ranking 12 teratas bagi melayakkan diri ke Grand Finals pada 31 Julai.

Grand Finals

Grand Finals akan menyaksikan pasukan bertarung dalam enam pusingan di tiga peta dan setiap pasukan dimeritkan mengikut kedudukan dan jumlah mata bunuh pada setiap pusingan.

Pasukan juara akan membawa pulang sebilangan besar daripada prizepool AS$50,000 (RM200,000).

Umum mengetahui peringkat liga dan grand final akan dijalankan secara dalam talian.

RELATED NEWS

+