Pemain Among Us meningkat dari 350 ribu pemain sehari kepada 2 juta pemain sehari selepas tawaran percuma Epic

Among Us nyata masih popular setelah mula mendapat sambutan yang mengejutkan sejak awal tahun lepas dek pandemik yang melanda. 

Jumlah pemain Among Us di PC meningkat dari 350 ribu pemain sehari kepada dua juta pemain sehari.

Mengikut laporan Pengarah Komuniti Among Us, Victoria Tran, perkara tersebut berlaku antara 27 Mei hingga 29 Mei.

Setelah pemberian Among Us secara percuma di Epic Games Store, jumlah pemain Among Us di pelantar PC melonjak ke dua juta pemain. 

Victoria Tan membuat perbandingan ini di pelantar PC sahaja. Menurut Victoria, hal ini mungkin berlaku apabila US dan UK mempunyai cuti panjang pada hujung minggu lepas. Ini juga menunjukkan ramai orang suka permainan video yang percuma.

Jom ajak rakan-rakan anda untuk bermain Among Us bersama?

RELATED NEWS

+