Pelbagai aktiviti oleh Riot Games Asia Tenggara sempena Ramadan dan Aidilfitri

Kuala Lumpur: Ramadan makin berakhir dan Hari Raya makin menghampiri.

Riot Games Asia Tenggara telah menyediakan perlbagai aktiviti bagi menceriakan semua pemain dan peminat di Malaysia dan Indonesia.

Aktiviti ini juga sebagai sokongan terhadap komuniti Indonesia yang kurang bernasib baik.

Perayaan tahun ini dijangka lebih terkawal dengan kedua-dua negara masih memantau situasi bagi mencegah COVID-19. 

 

Berhibur sambil menyokong komuniti kurang bernasib baik di Indonesia

Kempen CollabAsia Berkah Esports merupakan kempen e-sukan Indonesia yang bertujuan untuk berkongsi kegembiraan perayaan dengan para pemain Indonesia serta menawarkan peminat VALORANT dan Wild Rift satu platform untuk menunjukkan kemahiran dan bakat mereka.

Pertandingan Berkah Esports ini diadakan selama tiga hari bagi menarik pemain VALORANT dan Wild Rift di Indonesia untuk mendapat ganjaran hadiah menarik bernilai RM2,000 bagi setiap pemenang dama setiap permainan.

Wild Rift telah dilangsungkan pada 24-25 April ini dan VALORANT pada 8 dan 9 Mei ini.

Para peminat yang menonton pertandingan akan memenangi cenderamata eksklusif. Riot juga memberi peluang untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik dengan menaja pakej makanan menerusi inisiatif e-sukan ini. Setakat ini event ini berjaya mengumpulkan 208 pakej makanan.

“Ramadan adalah musim memberi dan bersyukur dan kami berharap pemberian kecil kami akan menceriakan komuniti-komuniti ini pada musim perayaan ini.

“Kami juga berharap aktiviti ini akan memberi keseronokan pada para pemain Indonesia dan Malaysia serta dapat membantu mereka berkomunikasi dengan keluarga dan juga rakan mereka secara selamat walaupun menjalani sekatan akibat pandemik ini.” kata Justin Hulog, Pengurus Besar Riot Games AsiaTenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Peminat-peminat juga boleh membaca komik Ramadan dan Hari Raya di halaman social Wild Rift Indonesia (Facebook, Instagram) dan Malaysia (Facebook, Instagram).

Dengan berkongsi saat-saat Ramadan bersama Riot games juga akan memenangi hadiah istimewa kepada perkongsian terbaik.

Rakan kongsi permainan dan pemain terpilih di Indonesia dan Malaysia juga akan medapat kejutan kuih raya hasil kerjasama Indonesia Patisseries School untuk menghasilkan biskut rekaan khas dengan aising Poro, Pengu dan Boombot yang comel dari VALORANT. Nantikan!

RELATED NEWS

+