28 Ogos."> 28 Ogos." /> 28 Ogos." />

Pelancaran Mafia: Definitive Edition ditangguh ke 25 September

Studio Hangar 13 dan syarikat penerbitan 2K Games telah mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Mafia: Definitive Edition telah ditangguh ke 25 September tahun ini. Sebelum ini, ia dijadualkan untuk tiba di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 28 Ogos.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pembangun dan penerbit, penangguhan ini berpunca daripada pandemik COVID-19. Pembangunan permainan video lain seperti No Straight Roads dan Baldur’s Gate III juga menghadapi masalah akibat pandemik ini.

Untuk memastikan peminat siri permainan video Mafia tidak rasa terlalu kecewa, 2K Games telah mengeluarkan video di atas yang menunjukkan permainan bertempoh 15 saat. Mereka akan mendedahkan lebih banyak aspek permainan tersebut pada 22 Julai ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+