Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan

Siapa tidak kenal Paul “Redeye” Chaloner? Beliau adalah figura yang sangat dikenali dalam dunia e-sukan. Penantian peminat dan komuniti e-sukan seluruh dunia setiap kali The International menunjukkan mereka sangat mengagumi pesona dan keupayaan Paul memeriahkan kejohanan dunia Dota 2 tersebut. Penulis sendiri mengakuinya.

Bercerita sedikit mengenai latar belakangnya, Paul memulakan karier e-sukan pada 2002 di Unreal Tournament dan Quake 3. Semasa 20 tahun perjalanannya, Redeye pernah mengulas dan hos kejohanan e-sukan seperti Starcraft, Counter-Strike dan Dota 2. Sepanjang tempoh tersebut juga, beliau hoskan 30 kejohanan Dota 2.

Kalau yang belum tahu, Redeye lah yang memperkenalkan garis panduan untuk mengeja e-sukan atau esports. 

Redeye juga menerbitkan buku berjudul “This Is Esports (and how to spell it) yang banyak memfokuskan pada bidang penyiaran dan e-sukan.

Apa yang membuatkan beliau ingin bersara adalah bekas kakitangannya di Gfinity dan rakan lain dalam bidang penyiaran yang membuat tuduhan terhadap kelakuannya di belakang tabir.

Redeye dituduh menjadi bos yang kejam sehingga sanggup menumbuk kakitangan dan macam-macam lagi kekerasan.

Dakwaan ke atas Redeye itu disokong dengan dokumen penuh yang diterbitkan dalam dua bahagian oleh pengulas CS:GO, James Banks.

Bagaimanapun, Redeye juga mempertahankan dirinya dengan mengatakan ia memberi kesan kepadanya sehingga membabitkan keluarga.

RELATED NEWS

+