OG berpisah dengan pasukan ‘junior’ mereka, OG.Seed

Siapa sangka, selepas sekian lama, akhirnya organisasi e-sukan Eropah, OG melepaskan pasukan Dota 2 ‘junior’ mereka iaitu OG.Seed. Pasukan itu pada mulanya diambil pada November 2019 untuk digilap dan dilatih menjadi pasukan tier pertama.

Bagaimanapun, wabak COVID-19 yang memberi impak besar pada landskap e-sukan banyak mempengaruhi keputusan ini. Walaupun kejohanan playoff ditukar kepada dalam talian, kebanyakan pasukan mengalami kesukaran untuk berlatih bersama di satu lokasi bootcamp yang sama.

Biarpun OG.Seed dilihat tak sama prestasinya dengan OG untuk mendapatkan slot ke The International 10, mereka masih mahu membentuk pasukan ini ke tahap lebih baik di bawah didikan pemain berpengalaman.

Bagaimanapun, status pemilikan ke atas lebih dua pasukan bagi satu organisasi adalah dilarang bagi beberapa pertandingan dan ini menyebabkan OG menemui jalan buntu dalam penyelesaian.

Oleh itu, memandangkan OG.Seed tidak dapat bertanding dalam kejohanan sama dengan OG, mereka terpaksa melepaskan pasukan junior itu namun dalam masa 30 hari sebelum dilepaskan sepenuhnya pada 1 Julai ini. 

“Tidak hanya terhenti di situ, kami akan gunakan waktu yang ada dalam tempoh itu untuk mencari mereka ‘rumah’ yang baru,” kata OG dalam satu kenyataan rasmi.

Ini semestinya berita mendukacitakan buat peminat Dota 2 yang sudah lama mengikuti perjalanan OG.Seed. Namun, landskap kompetitif yang kian merubah memaksa keputusan ini dibuat. 

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+