No More Heroes 1 & 2 HD dilancarkan di PC minggu hadapan

No More Heroes antara permainan video pada zaman Nintendo Wii  yang menjadi antara permainan video nostalgia yang penuh keseronokan dan benda-benda tidak masuk akal.

Bersama Travis Touchdown dengan pedang katana lightsaber-nya, Travis adalah seorang Otaku tinggal di bilik motel yang penuh dengan dekorasi poster ahli gusti profesional dan penuh dengan patung-patung koleksi anime. Hidup dalam kesusahan dan hampir menjadi seorang fakir miskin.

Travis berjaya memenangi pedang katana lightsaber di acara lelong atas talian. Akibat kehabisan wang, Travis menerima kerja untuk menjadi pembunuh upahan dengan membunuh Helter Skelter dan akhirnya digelar “the Drifter”. 

No More Heroes 2

Kejayaan membunuh ini menyebabkan Travis mendapat tempat ke-11 di dalam Persatuan Pembunuh Upahan. Sedar akan kehebatan dirinya, Travis kini mahu menjadi pembunuh upahan nombor 1!

RELATED NEWS

+