Ninja ugut tinggalkan Fornite akibat “stream sniping”

Streamer terkenal Tyler “Ninja” Blevins menyatakan beliau bertekad untuk meninggalkan permainan battle royale Fortnite setelah dikenakan stream snipe beberapa kali berturut-turut. Perkara ini berlaku pada minggu lepas semasa beliau melakukan siaran langsung di Twtich.

Menurut video yang dikeluarkan oleh thatdenverguy, Ninja hilang kesabarannya selepas pemain yang sama berjaya menbunuhnya dalam beberapa perlawanan secara berturut-turut. Ninja yakin bahawa pemain tersebut menonton siaran langsungnya untuk mencari dan membunuh Ninja dengan mudah.

“Mereka ini hanya merosakkan permainan ini kerana saya tidak mahu lagi main permainan ini,” kata Ninja. “Saya tidak akan stream lagi permainan ini.”

Kata-kata Ninja menunjukkan beliau masih percaya bahawa populariti Fortnite masih bergantung kepada dirinya. Pada waktu ini, Ninja lebih banyak meluangkan masa bermain Valorant dan beliau juga bermain permainan FPS tersebut secara kompetitif.

Jika benar bahawa Ninja akan meninggalkan Fortnite, ramai peminatnya semestinya akan rasa kecewa kerana permainan tersebut merupakan titik permulaan beliau menjadi antara streamer paling terkenal di dunia.

Sumber: Dexerto

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+