Ninja Tinggalkan Twitch Untuk Stream Secara Eksklusif Di Platform Microsoft – Mixer

Streamer yang begitu popular di Twitch, Tyler “Ninja” Blevins akan meninggalkan platform Twitch untuk strim secara eksklusif di Mixer.

“Saya dah lama tahan dari memberitahu berita ini,” kata Ninja dalam satu video. “Saya sangat teruja untuk memberitahu semua. Saya akan strim di Mixer sepenuh masa. Tak dapat gambarkan perasaan ni seolah macam saya dah kembali pada streaming ketika awal dulu,” katanya.

Ninja juga mengatakan beliau akan tetap strim Fortnite dan kandungan strimnya takkan berubah.

Twitch pula mengucapkan selamat maju jaya kepada Ninja untuk karier barunya itu.

“Kami seronok menonton Ninja di Twitch untuk beberapa tahun ini dan berbangga dengan pencapaian beliau untuk dirinya dan juga keluarga serta komuniti gaming. Kami ingin ucap selamat maju jaya!,”.

Berita ini diumumkan hanya beberapa hari selepas Fortnite World Cup Finals melabuhkan tirainya di Kota New York yang mana Ninja bertanding dalam dua jenis kejohanan dan menjadi pengulas untuk acara itu. 

Bagi pencapaiannya, Ninja pernah menjadi muka hadapan majalah ESPN dan menjadi tetamu jemputan dalam Rancangan The Ellen DeGeneres Show.

Sumber: TheVerge

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+