Netizen Indonesia tak henti beri sokongan kepada BTR Maxx untuk perlawanan hari ini

Prestasi kurang memuaskan sejak dua hari lepas mendorong Bigetron Alpha untuk bangkit dengan lebih hebat pada hari terakhir peringkat kumpulan Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC 2021) yang akan berlangsung jam 1 petang nanti.

Semalam, BTR sekali lagi tewas di tangan Impunity KH 1-2 sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan bahaya untuk layak ke playoffs. Malah, gaya permainan ditunjukkan Maxwell “Maxx” Alessandro yang nyata berbeza dengan Branz juga membimbangkan peminat.

Prestasi pemain hypercarry itu dikaitkan dengan Branz dari segi mechanical skill dan juga penggunaan Retribution. 

Namun, netizen Indonesia memberikan sokongan tanpa henti di Instagram peribadi Maxx. Tinjauan MyGameOn mendapati rata-rata komen ditulis mengandungi mesej positif yang mendorong pemain itu mempamerkan prestasi lebih baik hari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by @btr_maxx

Komen seperti “semangat, gas (ayuh) playoffs” ditulis di ruangan komen.

Hari ini, BTR Alpha masih punya peluang di playoffs sekiranya mereka berjaya menewaskan RSG SG 2-0. Malah, jika pasukan tercorot seperti IDNS Thailand, Cyber Exe dari Vietnam atau Nightmare Esports dari Laos tidak memenangi sebarang perlawanan hari ini, ia memberi peluang kepada BTR untuk mara.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+