Netflix bakal sertai industri permainan video

Netflix untuk beberapa tahun ini telah cuba untuk menyertai industri permainan video. Dengan menggunakan cerita-cerita popular dari Netflix sebagai tarikan untuk pemain.

Stranger Things The Game juga merupakan antara eksperimen berani cuba Netflix untuk industri permainan video. Stranger Things The Game merupakan permainan video pengembaraan dengan interaksi seperti cerita Black Mirror: Bandersnatch.

Mengikut laporan The Information, Netflix kini sedang mencari eksekutif  untuk meluaskan lagi skop bidang permainan video.  Netflix juga dikatakan sedang giat mencari veteran industri permainan video. Pada masa sama Netflix menginginkan permainan video mereka boleh dimainkan di platform penstriman mereka tanpa iklan.

Akhir kata, Netflix juga telah mendapat pujian untuk banyak adaptasi permainan video ke siri live action atau animasi seperti Dota, Castlevania, Resident Evil dan lain-lain.

Rujukan: The Information

TAGS

RELATED NEWS

+