MyBorneo E-Force Invitational 2020 akan dianjurkan untuk peminat dan pemain e-sukan di kepulauan Borneo

Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Persatuan E-sukan Sarawak (SESA) akan menganjurkan kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2020. Kejohanan ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia yang dilahirkan di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, rakyat Brunei, dan rakyat Indonesia dari Kalimantan.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 16 Oktober hingga 8 November ini dan sama seperti kebanyakan kejohanan e-sukan yang dianjurkan baru-baru ini, ia akan diadakan secara dalam talian. Empat permainan akan dipertandingkan iaitu DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, dan MotoGP 20 (PC).

Terdapat wang hadiah terkumpul sebanyak RM10,000. Ia dipecahkan mengikut kategori permainan:

  • MLBB – RM3,150
  • DOTA 2 – RM3,150
  • PUBG Mobile – RM2,700
  • MotoGP 20 – RM1,000

Borang penyertaan untuk setiap permainan dalam kejohanan ini boleh diisi sekarang. Berikut adalah tarikh-tarikh pertandingan serta pautan pendaftaran:

  • PUBG Mobile16 Oktober hingga 18 Oktober
  • MotoGP 20 (PC) – 23 Oktober hingga 25 Oktober
  • DOTA 230 Oktober hingga 1 November
  • MLBB6 November hingga 8 November

Kejohanan ini mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan juga Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF). Untuk memastikan para peminat dan pemain e-sukan di kepulauan Borneo mendapat tahu tentang kejohanan ini, ia juga dibantu oleh Persatuan E-sukan Sabah, Persatuan E-sukan Labuan, Esports Association of Brunei, dan Indonesia Esports Association (IESPA).

Ini merupakan peluang yang bagus untuk anda yang menetap di Sabah dan Sarawak untuk melibatkan diri dalam industri e-sukan Malaysia. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini kerana penyertaan adalah percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Persatuan E-sukan Sarawak.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+