MSC kembali, lapan negara bertanding pada 7 – 13 Jun

Kuala Lumpur: Kejohanan tahunan Mobile Legends: Bang Bang Asia Tenggara (MSC) kini kembali.

MSC akan disertai oleh negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Kemboja, Laos, Filipina, Thailand dan Vietnam.  Sebanyak 12 pasukan akan bertarung merebut hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700).

Moonton juga mengacah yang terdapat pemain veteran dan ‘sudah bersara’ akan membuat  kemunculan eksklusif. 

“Kami teruja membawa MSC kembali tahun ini untuk menyatukan pemiant Asia Tenggara menyokong pasukan kebangsaan mereka,” kata Han Ziwei, Ketua MSC, MOONTON Games.

Wakil Moonton juga berkata, kejohanan ini akan diadakan secara dalam talian.

Pusingan kelayakan pertama akan bermula pada 7 hingga 8 Jun ini manakala pusingan kelayakan kedua pada 9 Jun.

Bagi playoffs pula adalah pada 11-13 Jun ini diikuti grand final pada hari terakhir.

Seiring dengan MSC 2021, akan ada aktiviti dalam permainan dan bintang #MLBB. 

Difahamkan, tahun lepas tiada MSC kerana pandemik dan digantikan dengan kejohanan jemputan (MPLI).

Bagi info lanjut anda boleh layari laman sesawang ini.

RELATED NEWS

+