MPL Malaysia: Rynn masuk Team Bosskurr pilihan tepat, 2 – 0 ke atas Geek Fam

Perlawanan antara Team Bosskurr dan Geek Fam MY bermula dengan begitu baik dan sengit.

Nampaknya Team Bosskurr membuat keputusan betul mengambil Rynn sebagai pemain ketujuh. Beliau dipilih untuk perlawanan pertama Team Bosskurr minggu ini ke atas Geek Fam MY.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Team Bosskurr mempunyai kelebihan pada awal permainan dan pertengahan. Mereka mempunyai banyak peluang untuk tamatkan tapi agak overconfident. Perlawanan dilanjutkan sampai lebih 25 minit dan Team Bosskurr nyaris-nyaris tewas.

Gotenn yang bermain sebagai Esmeralda bermain dengan begitu baik sebagai offlane dan menerima tiga kategori pada akhir perlawanan.

Nyata, penggunaan Chou oleh Rynn sangat berkesan kerana berjaya membuat play berulangkali.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

 

 

PERLAWANAN KEDUA

Pada perlawanan kedua, Team Bosskurr masih meneruskan momentum pada game sebelumnya. Mereka berjaya merusuh pemain Geek Fam dan mendapatkan objektif dengan mudah. Team Bosskurr makin cemerlang membuat rotasi.

Gotenn menerima kategori Sand Bag kerana banyak menadah serangan. Carry baru Team Bosskurr, Tomen pula lebih cemerlang dengan assists dan yang paling kaya perlawanan ini.

Dalam perlawanan kedua ini dilihat Geek seperti sudah hilang pertimbangan dan banyak membuat kesilapan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+