Mobile Legends: Forces Reborn Juara Final MLBB Celcom #XPAXKEK Semester 2 Zon Selatan – Tahniah!

Selepas bertarung sengit dalam pusingan final sebentar tadi, wakil dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Forces Reborn berjaya menempah slot ke Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 pada akhir November nanti!

Lihat kembali recap perlawanan mereka di bawah:

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Grand Final Zon Selatan – Forces Reborn [UTHM] vs Team Blank [UTHM]

Inilah masa yang ditunggu-tunggukan! Cuba korang teka siapa agaknya yang bakal mendapat gelaran juara bagi Zon Selatan ini? Demi maruah Kampus, dua pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Forces Reborn dan Team Blank sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan gelaran juara!

Posted by My Game On on Saturday, September 28, 2019

Mereka diwakili oleh Muhammad Afif Izalwan (Tryst X Luna), Abdul Azim Mohamad (Jinnn), Muhammad Iqmal Fariq Mohd Fadzli (Fariq V haters), Muhammad Yaacob Esha Halizan (og esha) danAhmad Shahrul Nizam Sidek (Sharkk).

Kapten pasukan, Muhammad Afif berkata, mereka tidak praktis untuk jangka masa yang lama, hanya 5 hari.

“Kami praktis lima hari sebelum. Walaupun ada ahli yang duduk jauh, tapi kami cuba susun jadual mengikut masa terluang setiap orang.

“Alhamdulillah kami akan cuba yang terbaik untuk Grand Final kerana belum pernah menjulang trofi sebelum ini,” katanya.

Turut layak bagi kategori MLBB ialah Team Blank (UTHM) dan Skadoosh (Politeknik Port Dickson).

—–

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+