Mobile Legends: Blank, Forces Reborn, Skadoosh Dan Team Blank Layak Ke Semi Final Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Selatan!

Selepas berhempas pulas berlawan di peringkat kelayakan tak lama dulu, keempat-empat pasukan ini bertarung di Zon Final Selatan Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus  Semester 2 hari ini antara 16 pasukan bagi merebut slot ke semi-final dan seterusnya grand final untuk zon tersebut.

Jom saksikan kembali recap perlawanan Blank dan Team Blank pada hari ini (perlawanan Skadoosh dan Forces Reborn tidak ditayangkan):

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Quarter Final 1- Blank [UTM Skudai] vs Thats What She Said [UNIKL]

Rasa macam sekejap je kita bersama, dah sampai ke pusingan Quarter Final 1 dimana pasukan Blank yang mewakili UTM Skudai akan menentang pasukan dari UNIKL, Thats what she said. Gamat sungguh suasana di Paradigm Mall, Johor Bharu ni dengan perlawanan sengit Mobile Legends Bang Bang. Jom share LIVE ni dengan kawan-kawan untuk rasai sendiri suasana disini!

Posted by My Game On on Friday, September 27, 2019

Dalam perlawanan ini, Blank berjaya menewaskan That’s What She Said 2-0 dan seterusnya melayakkan diri ke semi final esok.

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Quarter Final 2 – Team Blank [UTHM] vs K'Esport [KUIM]

Inilah masanya untuk korang teka siapa yang bakal ke semi final. Adakah pasukan favourite korang akan meneruskan taring mereka? Ataupun mereka sudah kecundang pada awal perlawanan? Tapi sebelum tu jom saksikan pasukan Team Blank dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berentap melawan K'Esport dari Kolej Universiti Islam Melaka.

Posted by My Game On on Friday, September 27, 2019

Jangan lupa saksikan perlawanan mereka esok bermula jam 11:30 pagi!

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel, Honda Malaysia & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+